Wednesday 10 October 2012

sebuah kisah tentang isteri solehah

Bismillahirrahmanirrahim.. perkongsian kisah yang menginsafkan 

Isteri solehah

Seorang isteri menangis hendak mandikan jenazah suami dia.. bapak mertua dgn polis forensik bagi.. sambil menangis isteri berkata ini janji kami suami isteri.. jika abang meninggal dulu kamu (isteri) mandikanlah jenazah abang,Andai kamu (isteri) meninggal dulu dari abang,abang akan mandikan jenazah kamu..

Dari luar bilik mayat hospital seorang ustaz masuk tanya apa hal kalau isteri hendak mandikan jenazah suaminya.. ustaz tadi bersama beberapa orang lagi temankan si isteri mandikan jenazah suaminya..

Dengan tenang isteri membasuh muka suaminya sambil berdo'a,"Inilah wajah suami yang ku sayang tetapi ALLAH AZZA WA JALLA lebih sayangkan abang.. Moga ALLAH ampunkan dosa abang dan satukan kita di akhirat nanti.."

Membasuh tangan jenazah suaminya sambil berkata "Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami,masuk ke mulut kami.moga ALLAH AZZA WA JALLA beri pahala untukmu suami ku.."

Membasuh tubuh jenazah suaminya sambil berkata "Tubuh inilah yg memberi pelukan kasih sayang padaku dan anak-anak,moga ALLAH AZZA WA JALLA beri pahala berganda untukmu wahai suamiku"

Membasuh kaki jenazah suaminya sambil berkata "Dengan kaki ini abang keluar mencari rezeki utk kami,berjalan dan berdiri sepanjang hari semata-mata untuk mencari sesuap nasi,terima kasih abang...moga ALLAH AZZA WA JALLA beri kau kenikmatan hidup di akhirat dan pahala yg berlipat kali gandanya"

Selesai memandikan jenazah suaminya,si isteri mengucup sayu suaminya dan berkata "Terima kasih abang karena aku bahagia sepanjang menjadi isterimu dan terlalu bahagia dan terima kasih karena meninggalkan aku bersama permata hatimu yg persis dirimu dan aku sebagai seorang istri redha akan kepergianmu karna kasih sayang ALLAH AZZA WA JALLA pada mu."

Betapa sucinya hati seorang isteri pada suaminya..



masyaAllah... menitis air mata ku membaca kisah ini. begitu besar ganjaran yang dikurniakan jika tanggungjawab  hablun minallah wa hablun minnas dilakukan utk duniawi dan ukhrawi dengan redha, rela serta ikhlas niatnya.  semoga aku di kurniakan seorang suami yang boleh membimbing aku lebih mengenal Pencipta.. amin humma amin.







Saturday 22 September 2012

mendongak ke langit

TINGG !!!

Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama,tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya.
Dia menyambung semula kerjanya.


TINGG !!!

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya.Lelaki itu menoleh ke kiri,kanan dan disekelilingnya.Tiada siapa yg berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.
Tidak lama kemudian,lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama,dia mengambil dan menyimpannya.
"Rezeki aku!" kata lelaki itu dalam hati.

Lelaki itu tidak sedar,logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu.
Sebenarnya ,ketuanya mahu memanggilnya.Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu.Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan,cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.

Namun,jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut.Dek kerana itulah,ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas.Mudah-mudahan,dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya,sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah,lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.

Lantas,ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai.Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.

Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu.Setelah merasa sakit dan terganggu,lelaki itu mendongak ke atas,melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi.

Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

P/s : Sahabat sekalian,kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta.Tanpa sedar,Allah sering menjatuhkan 'syiling' lambang rezeki,rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita.
Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya.Tetapi,kita acap kali lalai untuk 'mendongak' ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi,apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian,lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah,kegagalan,keperitan dan pengalaman yg menyakitkan.
Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu,barulah kita teringat untuk mendongak,menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.




الحمد الله


ALHAMDULILLAH...SYUKUR ATAS SEGALA NIKMAT-MU YA ALLAH

♥ بسم الله الرحمن الرحيم ♥

Alhamdulillah…saya dilahirkan sebagai seorang Islam…
Alhamdulillah…saya dijadikan sebahagian dari umat Muhammad..kekasih Allah..
Alhamdulillah…saya dihidupkan sebagai mukminah…
Alhamdulillah…saya hidup sederhana…cukup segala-galanya…
Alhamdulillah…saya diberi akal fikiran untuk mengenal dosa dan pahala..dan untuk mencari ilmu..
Alhamdulillah…saya masih punyai ayah,ibu dan adik bradik..malah saudara-mara dan sahabat-sahabat..serta jiran dan masyarakat yang baik dengan saya....
Alhamdulillah…saya masih dipinjamkan nafas dan kesihatan yang baik untuk beramal ibadah..
Alhamdulillah…saya masih diberi nikmat,tak terkira nikmatnya..
Alhamdulillah…saya…masih saya…dan saya berharap dan berdoa..semoga Allah tetapkan saya di
jalan-Nya..jauhi saya dari menjadi hamba-NYA yang tamak dan tidak menghargai nikmat-NYA..
Alhamdulillah…untuk segala-galanya Kekasihku Allahu Rabbi.. Alhamdulillah.....





Friday 10 August 2012

teladan

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu.

1. Ayahnya

Jika seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajarkan shalat, mengaji, dan sebagainya. Dia membiarkan anak perempua
nnya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dangan hanya memberi kemewahan dunia saja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

Duhai lelaki yg bergelar Ayah, bagaimanakah keadaan anak perempuanmu sekarang? Apakah kau mengajar shalat dan shaum (puasa) padanya? Menutup aurat? Pengetahuan agama? Jika tidak terpenuhi, maka bersedialah untuk menjadi bagian dari Neraka.

2. Suaminya

Apabila suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas. Membiarkan istri berhias diri untuk lelaki yang bukan mahramnya.

Jika suami mendiam istri yang seperti itu walaupun suami adalah orang yang alim, suami adalah shalatnya yang tidak pernah bolong, suami adalah yang shaumnya tidak pernah lalai. Maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam Neraka.

Duhai lelaki yang bergelar Suami, bagaimanakah keadaan istri tercinta sekarang? Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau jaga mengikuti ketetapan Islam, maka terimalah keniscayaan yang kau akan sehidup semati bersamanya hingga Neraka.

3. Saudara Lelakinya (abang / adik )

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga kehormatan wanita jatuh pada saudara lelakinya (kakak, paman). Jika mereka hanya mementingkan keluarganya saja dan adik atau keponakannya dibiarkan dari ajaran Islam, maka tunggulah tarikan mereka di akhirat kelak.

Duhai lelaki yg mempunyai saudara perempuan, jangan hanya menjaga amalmu dan melupakan amanah yang lain. Karena kau juga akan pertanggungjawabkan diakhirat kelak.

4. Anak Lelakinya
Apabila seorang anak laki-laki tidak menasehati Ibunya perihal kelakuan yang tidak dibenarkan dalam Islam. Bila ibu membuat kemungkaran, mengumpat, memfitnah, mengunjing, maka anak itu akan ditanya dan dimintai pertanggungjawaban di akhirat kelak. Dan bersama menemani ibunya di Neraka.

Duhai anak lelaki, sayangilah ibumu, nasihatilah dia jika bersalah atau lalai. Karena ibu juga insan biasa, tak lepas dari melakukan dosa. Selamatkanlah dia dari ancaman neraka, jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi teman di dalamnya.

* * *

Betapa hebatnya tarikan wanita. Bukan saja di dunia, tapi juga di akhirat yang tak kalah hebat tarikannya. Maka, kaum lelaki yang bergelar ayah, suami, saudara atau anak harus memainkan peran mereka dengan baik.

"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan."
(Surat At Tahrim : 6)



Tuesday 7 August 2012

pendapat


bismillah..
Dalam hidup ni,kita mesti pernah menghadapi situasi di mana pendapat dan pandangan kita ditolak oleh orang lain?Tak kira dalam situasi belajar, pekerjaan, kehidupan seharian dan sebagainya.Setiap manusia memang mempunyai perangai dan hati yang berbeza-beza.Kita tidak lari dari sifat individualistik dalam diri yang sering menganggap segala pendapat dan perbuatan adalah betul.Sebenarnya anggapan sebegitu adalah tidak benar sama sekali.



Sebenarnya orang yang suka mendesak orang lain untuk menerima pendapat orang lain tidak akan dihormati malah akan menjadi bahan kutukan orang lain seolah-olah pendapat mereka seorang saja yang betul.Sebaliknya orang yang menerima pendapat orang lain ialah orang yang berfikiran positif dan berbaik sangka kepada rakannya.Orang-orang yang cerdik sebenarnya ialah orang yang bijak memberi pendapat dan menerima pendapat orang lain.

Kadang-kadang kita cuma nampak sesuatu dari satu sudut saja dan rakan-rakan yang lain memandang dari sudut-sudut yang lain yang kita tidak ketahui.Kadang-kadang kita tak sedar akan kelemahan diri sendiri, sebab itu kita memerlukan orang sekeliling yang menegur dan memberitahu.Tak perlu bermasam muka.Tak perlu bergaduh sesama sendiri jika pendapat kita tak diterima.

Tapi perlu diingat, menerima pendapat orang lain mestilah berdasarkan rasional yang tinggi dan tidak membuta tuli. Jangan pulak kita menerima pendapat orang lain yang akan membawa kemudaratan kepada diri sendiri.
kalau dalam memberi pendapat nie, bagi saya takde yang betol atau pun yang salah.tol tak?
tu pandangan kita..:)kalau kite tak boleh terima pandangan orang tu just kite dengar je la ape dye nak ckp...kan? 
orang yang tidak boleh terima pendapat orang lain ni memang ego die tahap langit ar.. xleh selute ar orang jenis camni..hoho
kita kan manusia.kadang-kadang emosi kita tak stabil.huhu..mungkin keputusan kita itu sekali dengan emosi.. jadi lebih baik kita dengar pendapat orang lain juga..

kita mungkin berbeza pendapat tapi tak semestinya bertegang urat.. berdebat la secara berhemah kalau pendapat bercanggah dari orang lain. Tu pun salah satu sudut orang menilai kita camne.. Pernah x dengar ayat nih.. 
"A Great Leader is A Great Follower"  menarik bukan ayat nie? semamangnya pahit menerima kebenaran adalah lebih baik dari kemanisan kepura-puraan yang jaminannya hanyalah sementara..terima je lah kan,kalau betol kita salah,betolkan..kalaul betol kita betol, alhamdulillah..so,think deeply by mind n heart hokeh :)


Saturday 4 August 2012

warkah buatmu

Adam,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah
Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu. Aku asalnya dari tulang russukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mau terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.


Adam,
Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu dia akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa. Buktinya cukup nyata dari peristiwa habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang
Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.


Adam,
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku, bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi ,aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun,terasa berat pula
untukku meyatakan isi perkara.


Adam,
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu. Tapi Adam, nyata dan rata-rata, apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan. Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan,
di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut.Tapi realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.


Adam.....
Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?


Adam.....
Marahkah kau jika kukatakan andainya Haawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung! Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar! Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar
kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini Adam, seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi MUhammad SAW terhadap isteri-isterinya? Adakah Adam melayani
Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?


Adam....
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku adalah
pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.
Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku...akalku satu nafsuku beribu Dari itu Adam....pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa dan lalai, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya. Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku
kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku emnjadi mujahidah kekasih Allah.


Adam,
Andainya aku masih lalai dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kauumku yang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu
yang engkau agungkan ........

Sunday 29 July 2012

kemuliaan ramadhan

Ramadhan bulan ibadat 
bulan kerahmatan dan keampunanan 
para malaikat merendahkan sayap 

untuk menghitung pahala berganda

ramadhan bulan berpuasa 
bulan kesabaran dan keinsafan
lapar dan dahaga mendidik jiwa
menundukkan nafsu 
mengawal indera

Pintu syurga dibukakan
ditutup pintu neraka
dibelenggu syaitan yang durjana
dihentikan azab di pusara

bersyukurlah pada rahmat-Nya 
(Ya ramadhan)
dikurnia bulan yang mulia (ya ramadhan)
beruntunglah bagi mereka yang 
mendapat keredhaan-Nya(ya ramadhan)
tiap satu pahala ibadah
tujuh puluh ia digandakan 
10 akhir ramadhan 
dikurniakan lailatul Qadar
malam yang terbaik
diumpamakan seribu bulan

Saturday 28 July 2012

kejayaan vs kegagalan

Allah menguji keikhlasan hati kita bila kita bersendirian, Allah memberi kedewasaan saat kita di timpa masalah, Allah juga melatih kita dengan kesabaran dalam kesakitan. Dia tidak pernah mengambil sesuatu yang kita sayang kecuali menggantinya dengan yang lebih baik dari apa yang kita sayang.. betapa sayang Tuhan kita pada hambaNya. MasyaAllah.. >_<
Ya Allah!!
tetapkanlah hatinya,
perluaskanlah rezekinya,
dekatkanlah hatinya dengan kebaikan,
jauhkanlah hatinya dengan kejahatan,
tunaikan hajatnya, baik hajat untuk agama, dunia dan akhirat..
amin Ya Robb...
<(") <3 (^^^)
orang yang terlalu cepat berputus asa adalah orang yang putus harapan seumpama dia telah menyediakan dirinya untuk mati sebelum tiba masanya yang ditentukan. selagi anugerah akal yang dikurniakan Rabbul Jalil tidak rosak, wajib bagi kita untuk terus berjuang dan berusaha dalam memperbaiki diri untuk dunia dan akhirat.. jangan mengharap kita akan menang, jika kita takut untuk berjuang.  jangan berangan nak jadi kaya jika kita malas nak berusaha, jangan berharap untuk jadi pandai jika malas untuk belajar, jangan bercita-cita ke puncak yang tinggi jika kita tak sanggup untuk mendaki. jangan dipinta luasnya pengetahuan  jika tidak menyusuri pengalaman, ingat!!  kita tidak akan berada di atas jika hanya sekadar merenung tangga, kita tidak akan ada 2,3 dan seterusnya jika tidak dimulai dengan 1. fikirkan boleh , insyaAllah kita pasti boleh.. jangan dicipta sebuah alasan, kerana alasan adalah permulaan untuk sebuah kegagalan.. berusahalah wahai hati yang cekal.. innallaha maana!!  insyaAllah (",) .
terkadang untuk menjadi orang yang berjaya kita harus mengambil contoh orang yang berada diatas  dan juga kena melihat orang yang dibawah sebagai contoh untuk kita lebih mensyukuri nikmatNya kerana Memang Allah menciptakan kita dengan segala kekurangan dan banyak keterbatasannya.. tapi, jika kita pernah gagal bermakna kita semakin sudah menghampiri sebuah kejayaan. ramai akan tersenyum melihat kita gagal, putus asa dan tidak mempunyai apa-apa, tetapi jika kita berhenti berusaha, maka matilah cita-cita dan tiada lah harapan.. bangkit lah wahai teman !! tegarkan semangatmu !! orang yang berjaya adalah orang yang sentiasa mencari peluang dan merebutnya..buktikan !! bukan mudah mencipta keajaiban, lagi payah apabila diduga keaiban..orang yang takut gagal adalah orang tidak berani mencuba, orang yang tak berani mencuba adalah orang yang tidak berjaya, orang tak berjaya adalah orang yang gagal.. ayuh!! mulakan langkah kita, satu demi satu, insyaAllah, pasti kejayaan menanti..

Wednesday 25 July 2012

terluka

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka, ia akan menghapus air mata nya dengan imannya

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia akan menguatkan hatinya dengan ilmunya

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
hati-hari nya akan ia penuhi dengan semangat perubahan lebih baik pada dirinya

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia menari dalam do’a permohonan ampunnya terhadap Tuhannya

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
wajah kusutnya tetap terlihat indah bagi dunia

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
bibir merahnya menyimpulkan senyuman untuk hidupnya

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
matanya basah oleh lembutnya hatinya

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
dunia nya terasa akan berlanjut dan ia harus tegar

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
jiwa lembutnya sampaikan ketenangan pada hati kecilnya

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
akal dan hatinya hadir untuk menanti kesadarannya

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
tangannya ia pergunakan seperti kebiasaannya

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
tak akan ada perubahan dalam dirinya oleh hal-hal yang tidak berguna

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia gunakan kesadarannya tuk menjaga perasaan orang sekitarnya

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
air matanya dijadikan do’a untuk keselamatan orang yang melukainya

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
jari-jemarinya bergerak untuk tetap menolong orang lain tanpa beban di hatinya

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
hidupnya tetap menjadi kebahagiaan bagi orang sekitarnya

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
jalan panjang didepan matanya tetap diharunginya

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
kepercayaan dirinya tetap tak akan luluh

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka, ia dan dirinya
♥♥ TETAP MENJADI MUSLIMAH…
♥♥ TETAP MENJADI WANITA SOLEHAH…
♥♥ TETAP MENJADI WANITA YANG TERHORMAT…
♥♥ TETAP MENJADI HAMBA ALLAH YANG MAHA AGUNG…

" Yaa Rabbi sudilah pandang daku ,Terangi jalan gelap ini, Jangan biarkan daku terus sendiri, Mencari mendaki jalan berduri… "


Sunday 22 July 2012

kesabaran dan keberanian

Dua ujian yang paling sukar dalam hidup ini adalah kesabaran untuk menunggu waktu yang sesuai dan keberanian untuk menerima apa sahaja yang bakal dihadapi dalam hidup..tapi kehidupan memberi banyak pilihan.. mengapa memilih untuk sedih jika ada gembira yang menyapa, mengapa memilih duka jika ada yang suka dan mengapa memilih derita jika bahagia yang bakal kunjung tiba.. apa yang membuat kita sedih dan derita tinggalkan dan apa yang membuat kita tersenyum gembira cuba lah pertahankan sebaiknya..lagipun Allah sangat mencintai orang-orang yang selalu ingin membahagiakan orang lain dengan apa yang dimilikinya. Allah menganugerahkan setiap insan dengan seraut wajah yang cukup sempurna, semua insan sama disisiNya.. cuma yang membezakan kita dengan mereka adalah jalan hidup yang berbeza. Allah tidak memilih siapa kita, cantik, tampan, miskin, kaya sempurna atau tidak.. ketahuilah kita semua hambaNya yang paling Dia sayang.
kita selalu memandang siapa yang memberi teguran, jika dirasakan statusnya hina atau rendah, maka teguran itu acapkali kita buang bagaikan sampah atau di pandang sepi.. tapi apabila teguran itu datang dari tokoh yang kita kagumi yang kita sanjung barulah kita hormat.. tapi sedar dan ingatlah, kita tidak akan tahu siapa yang Allah pilih untuk menyampaikan peringatanNya.. banyak nya khilaf dan salah diri ini, maafkan aku teman :'-(
 jujur itu dihati,
 memang sukar untuk dibukti,
andai ia tidak dimiliki,
entah apalah erti,
hanya membuat pedih dihati,

jujur bukan sekadar untuk menjaga hati,
ia umpama azimat penguat iman dihati,
jika jujur dipandang sepi,
hilanglah percaya pengikat hati,
palsulah segala kasih sayang sejati,
bersama meniti titian cinta ilahi.

jauh disudut hatiku, mahu sahaja aku menangis sekuat hati. aku sedang bertarung dengan hatiku sendiri..
tak mudah.. Allah sahaja yang tahu apa yang terbuku dihati. aku masih berada dalam lautan kekurangan dan kelemahan.. maafkan aku kerana kadangkalanya aku khilaf, terlupa kearah mana yang patut aku tuju, sebak hati tatkala aku terbayang, bilakah waktu terakhirku, dimana tempat terakhirku, siapakah orang yang terakhir bersama denganku, dengan cara apakah aku mengakhiri cerita hidupku :(


alangkah indahnya hidup ini jika kita dapat fahami setiap inci ujian yang kita alami adalah sentuhan kasih sayang daripada Allah untuk hambaNya. Tidak pernah sekalipun ujian yang datang untuk menjauhkan hamba daripada TuhanNya, bahkan tidak lain dan tidak bukan hanya untuk menjadikan manusia ingat dan dekat kepada penciptaNya.. Ya Allah, hiburkan lah aku dengan redhaMu, dan sabar dengan setiap ujian yang Engkau turunkan. semoga ujuan yang melanda ini sebagai penebus dan kifarah terhadap dosa-dosaku yang lalu. amin!! 


Friday 20 July 2012

aku tak sempurna, kau pun tak sempurna..
ketidaksempurnaanmu menjadi pelengkap ketidaksempurnaanku..
hingga kita menjadi sempurna..
meskipun hanya kita berdua..
biarlah Allah yang maha sempurna yang berhak menilai kesempurnaan kita..



macam tu ke?? owh baru tahu..




Hmm, ada orang cakap ‘ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah’. Tapi kan bagaimana pula jika amal tanpa iman? Ia ibarat apa pulak? alaaa
kubur masing-masing, Jadi aku tak kacau korang buat apa la korang nak sibuk jaga tepi kain orang lain..Dosa aku, aku tanggung. Kubur masing-masing, kamu punya kubur kamu jaga, aku  punya kubur aku jaga.. jangan sibuk hal aku boley x?!!
Ungkapan itu salah! Jangan menegakkan benang yang lencun basah ditimpa hujan.


Kerana kubur masing-masinglah saudara seislam kita yang lain mengambil berat tentang diri kita kerana mereka melaksanakan kewajipan yang Allah tetapkan ke atas semua Umat Islam iaitu mesti menyampaikan nasihat/dakwah dalam apa pun keadaan dan bentuk.

Kerana kubur masing-masing jugalah mereka menasihatkan kita supaya  Islam itu tidak dipandang hina oleh orang lain.

Kerana kubur masing-masinglah mereka menegur kesalahan  kita tadi  kerana mereka yakin tentang gambaran pada Hari Pembalasan. Ketika semua manusia akan dihitung amalannya dan dipersoal  apa yang telah dilakukan ketika hayatnya di dunia.
Waktu itu kita akan saling tuding menuding ke arah orang lain semata-mata takut dicampakkan ke dalam Neraka . Jadi daripada mereka akan dipersalah nanti , sepatutnyalah mereka menegur dan memberi peringatan agar tudingan itu nanti tidak terbeban keatas mereka kerana mereka telah menjalankan kewajipan tersebut.

Ingatlah dan jangan lupa , memang kubur masing-masing tetapi mengajak manusia ke jalan kebaikan adalah ajaran Islam. Ilmu Allah tidak terpilih-pilih dan semua makhluk beragama Islam harus patuh pada seruan agamaNya.
Di dalam al-Quran Surat Al-Anfaal Ayat 25 mengatakan:
Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya. .


Siapa lagi yang berani nak cakap “buat apa kau sibuk, kubur masing-masing” sedangkan kubur kita pun orang lain yang gali.



senyumlah walaupun hatimu begitu terluka atau terlalu sedih
kerana
senyumanmu itu walaupun bukan untuk apa-apa dan sesiapa
tetapi 
nilainya cukup untuk membuatkan hatimu lega walau dalam keadaan 
terpaksa 
:'-(








Thursday 12 July 2012

sabar wahai hati, pasti ada jalannya..

hidup ini memang susah nak diduga, walaupun kadang-kadang kita dekat dengannya tp sebenarnya jauh.. walaupun kita dapat rasa kehadirannya, tapi belum tentu kita dapat selami hati dia yang paling dalam..
mungkin kita dapat membuat dia ketawa dengan keletah kita tapi kita tak tahu sebenar-benarnya makna di sebalik senyuman yang tersirat.. lebih baik disakiti dengan kejujuran daripada dibahagiakan dengan kebohongan.  kita selalu bertengkar, tapi kita semakin mengenal dan memperbaiki, kita saling menyakiti tapi kita semakin menyintai, kita menghindar tapi hati semakin merindu..jangan kita terlalu sibuk mencari yang sempurna andai yang sederhana pun mampu membahagiakan kita.. yakin!! pasti Allah membantu..
maka dengan itu Tuhan mengizinkan kita disakiti, agar nanti kita tahu cara untuk mengubati orang yang terluka.. Tuhan membuat kita menangis agar esok kita mampu menghiburkan orang yang sedih.. Tuhan menjadikan kita manusia dengan kelemahan dan kelebihan agar kita sedar dan tahu bahawa dengan hanya berdoa dan berusaha kita dapat mengecapi pelbagai erti hidup dengan manisnya. tak usah lah diratapi, ditangisi setiap kejadian buruk yang menimpa, kerana Allah menjadikan segalanya indah pada waktunya. indah pada akhirnya..  

Thursday 21 June 2012

xde tajuk

orang yang hebat itu tak akan melenting bila di tegur atau di caci, tetapi ia akan terus tersenyum dan bersabar. dan jika orang tu baik maka dia akan nampak banyak kebaikan, sebaliknya jika orang tu tidak baik dia akan nampak banyak keburukan dan kejahatan. kita melihat bukan dengan mata kasar (walaupun hakikatnya memang nampak seperti itu) tapi melalui mata hati kita, jika mata hati kita bersih, insyaAllah kita akan dapat melihat banyak kebaikan. dan dakwah juga bukan bertujuan menunjukkan...... 
"saya lebih hebat dari kamu"
tetapi lebih kepada
" mari saya tunjukkan sesuatu yang lebih baik untuk kamu " 
kan jauh makna dan pemahamannya itu..hurm, tapi dua perkataan atau istilah ini sering kali menjadi perbalahan di sebabkan salahnya kefahaman..tah la, nama lagi manusia, maka secara automatiknya bukan di kurniakan satu pemahaman untuk semua manusia. oleh itu toleransi memainkan peranan yang amat penting dalam konteks komunikasi..(cecece, cantiknya ayat caye)


dia tahu perangai saya yang gila-gila, dia tahu segala kelemahan saya, banyak kali saya buat silap, tetapi dia tetap berteman dengan saya, dia tegur segala kesalahan yang saya buat, dia banyak nasihat saya, kenapa?sebab dia nak masuk syurga dengan saya. kan? alhamdulillah ^_<




kata-kata hikmah salahuddin al-ayubi
  1. saya meminta kekuatan, tapi Allah memberi kesulitan untuk membuat saya kuat.
  2. saya bertanya tentang kebijaksanaan dan Allah memberi saya masalah untuk diselesaikan.
  3. saya meminta untuk kemakmuran, dan Allah memberi saya tenaga untuk bekerja.
  4. saya meminta keberanian dan Dia memberi saya bahaya untuk diatasi.
  5. saya meminta sebuah cinta, dan Dia memberi saya orang-orang yang bermasalah untuk dibantu.
  6. saya meminta nikmat, dan Dia memberi saya peluang untuk berjuang.
  7. saya tidak meminta apa-apa untuk diri saya, tetapi saya menerima semua yang saya perlukan.
imam ghazali mengingatkan kepada kita

pabila kamu mendapati takdir Allah sentiasa tidak menyebelahi diri kamu pada kenikmatan dunia, dan terlampau banyak penderitaan dan bala bencana yang ditanggung, ketahuilah bahawasanya kamu mulia disisiNya...kamu punyai status yang istimewa dihadapanNya kelak. sesungguhnya Allah swt pada ketika itu sedang meletakkan kamu di atas jalan wali-waliNya dan hamba-hambaNya yang terpilih, dan Allah swt sentiasa melihat kamu ketika itu.. tidakkah kamu pernah melihat ayat al-quran yang bermaksud :-
" sabarlah dengan ketentuan TuhanMu, kerana dikau sentiasa dalam pemerhatian dan pengawasan Kami" .


Tuesday 19 June 2012

doa istikharah


mencintai seseorang itu adalah hak kita, namun memiliki seseorang yang kita cintai  tanpa ikatan sah dan halal itu adalah bukan hak kita..jangan pernah takut melepaskan sesuatu yang belum berhak kita miliki. Dia pasti akan kembali seandainya Allah menjadikan dia untuk kita miliki atau Allah akan menggantikan dengan jauh yang lebih baik dari sebelumnya. Jangan pernah takut kehilangan sesuatu yang belum tentu menjadi hak kita. ingat satu hal, biar kita kehilangan sesuatu kerana Allah, tetapi jangan kita kehilangan Allah kerana sesuatu. apabila kita redha dengan sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah,Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang kita tak jangka pun,, insyaAllah, mudah-mudahan. jangan putus asa jika Allah swt menunda apa-apa yang kita sukai atau ingini, tapi bersabar dan tersenyumlah, kerana Dia berfirman dengan penuh kasih sayangnya " sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan "
(al-insyirah:6)

harus di ingatkan apabila kita memudahkan urusan orang, maka Allah akan memudahkan segala urusan kita.
hatta jika kita berada dalam kesusahan pada tika itu, bantuan Allah akan datang tanpa di duga samada melalui orang lain ataupun melalui ilham yang dikurniakanNya tanpa di sangka-sangka..



Ya Allah, seandainya aku tidak memiliki cukup waktu untuk membahagiakan orang tuaku, satu pintaku tolong bahagiakan mereka dengan kasih sayangMu. Amin

dear my future husband

You don't have to drive any BMW, or mercedez, or skyline to be handsome.
Be an imam in prayers, that's how i define handsome.
You don't have to be rich for me to love you.
Please have a kind heart, that's more than enough for me anD my parent too.
Just be a man who is a slave of ALLAH.

Ya Allah, jauhkanlah diriku dari sifat ujub, riak dan takabbur tatkala aku menumpang di bumi Mu, berlangitkan kekuasaanMu, bernafas dengan izinMu, serta berezekikan dengan limpah kurniaanMu.
Ya Allah, sesungguhnya tiada daya dan kuasa melainkan dariMu jua.

kita selalu kata " xde pape " tapi dalam hati kita hanya Allah yang tahu keperitan yang kita rasa dan tanggung, ada perkara kita tak dapat nak ceritakan pada sesiapa, dan hanya pada Allah kita luahkan.. jika ingin membenci seseorang, janganlah membenci dirinya. tetapi bencilah pada perbuatan salahnya. manusia boleh berubah, perbuatan boleh berlalu, pintu taubat sentiasa terbuka. adakala kita memaki manusia yang sudah bertaubat dan mengungkit-ngungkit kesalahannya yang lalu. kita bukan maksum untuk menghukum orang lain dan mereka bukannya syaitan untuk dibenci selama-lamanya..
-motivasi diri,hiasi peribadi..



Monday 18 June 2012

awesome ^___^



sengeh jew ^_<



haha...mucom




anak soleh ^___^






awesome ^__<

senyum

pesanan imam ghazali tentang seorang teman :-
  1. pilih teman yang berakal, jangan pilih teman yang bodoh kerana ia akan menjadi musuh  dan menyakitkan hati kita.
  2. pilih teman yang berakhlak, jangan pilih teman yang jahat kerana ia akan dirangsang nafsu jahatnya.
  3.  pilih teman yang soleh, jangan pilih teman yang fasik kerana akan diajar kita kepada pekerjaan dosa dan maksiat.
  4. pilih teman yang sederhana, jangan pilih teman yang tamak kerana akan menjadi racun berbisa kepada sifat pemurah.
  5. pilih teman yang bercakap benar, jangan pilih teman yang selalu berbohong kerana kerana akan memusnahkan jiwa.
TAPI.....
kita tidak tahu apa yang Allah tahu dari ujian yang diberi, jangan hanya satu kesalahan, jangan hanya satu kekurangan, kita membenci seseorang itu habis-habisan, boleh jadi kita memikirkan 10 kejahatannya, tapi...
orang yang kita benci itu sedang mengingati 20 kebaikan kita, lalu dia berdoa untuk kebaikan kita. oleh itu...
jangan mudah melabel orang. berprasangka baiklah walau kadang2 perit untuk menerima. apabila kita redha atas sesuatu yang berlaku atas diri kita, maka percayalah..Allah akan gantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tak di jangka..
SENYUM "
^_<

p/s : jalan menuju bahagia itu tidak ditaburi mawar nan harum, melainkan penuh duri dan kepahitan 
       -william shakespeares


Friday 18 May 2012

salah siapa?!!

aku hampir rebah dan tak mampu berdiri lagi atas ikatan ini..
tapi, aku cuba memahami situasi dan keadaan yg di takdirkan keatasku..
aku cuba..cuba bertahan..cuba mencari di mana silapnya,, di mana kurangnya..
semakin aku cuba, semakin cedera jiwaku, semakin parah hatiku.. 
seakan-akan silapnya semua berpunca dariku..
kenapa? 
mungkin kerana aku semakin jauh dariMu Ya Tuhan,
jauh dari memohon dariMu..
DOA!!
ya... Doa adalah senjata orang mukmin..


“ Barang siapa diantara kalian telah dibukakan baginya pintu doa, pasti dibukakan pula baginya pintu rahmat, dan tidaklah Allah SWT diminta sesuatu yang Dia berikan lebih Dia senangi dari pada diminta kekuatan, sesungguhnya doa itu bermanfaat baik terhadap apa yang terjadi maupun belum terjadi, maka hendaklah kalian berdoa.” (HR: tirmizi, dihasankan oleh Al-Albani).


Ya Tuhan.. terlalu banyak khilaf diri ini..
ampunkan dosa-dosaku Ya Tuhan..
berikan kekuatan hati laksana hati para mujahidah yg menegakkan agamaMu,
berikan ketenangan jiwa ibarat air mengalir tenang,
sesungguhnya, Engkau sebaik-baik pencipta langit dan bumi..

Tuhanku
semoga dia lebih mengerti apa yg ku CARI, bukan apa yg ku PINTA..
semoga dia lebih kuat bertahan untukku terus berjuang..
semoga impian yg tersulam, akan temui kebahagiaan yg di idam..
semoga, semoga dan semoga..
ia semua ada dalam munajat doa yg tidak putus-putus kepada Tuhan..


padaMu kami sama-sama berserah, masa depan kami Engkau Maha menentukan..
Allahuma Aminn!!

Sunday 6 May 2012

Ya Rabb!!
aku tidak perlu orang yang sempurna untuk mendampingiku..
aku hanya ingin orang yang mahu menjadi pelengkap kekuranganku..
membuat aku merasa 'ada'..
membuat aku tersenyum dan berkata 'aku beruntung memilikinya'..




p/s : susah itu tarbiah, sabar itu indah
      " bersyukurlah dalam beribu-ribu mereka yang membenci, 
        ada jua yang masih menyayangi iaitu 'Allah' 
        setiap yang Dia rancangkan pasti ada hikmah tersendiri "