Saturday 16 April 2011

Doa dijauhkan dari sifat malas

Segala puji bagi Allah atas segala nikmat-Nya. Shalawat dan salam kepada Nabi kita Muhammad, keluarga dan sahabatnya.
Doa yang juga termasuk doa yang singkat namun penuh makna disebutkan pula oleh An Nawawi dalam Riyadhus Shalihin.
Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallambiasa membaca doa:
اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَالْجُبْنِ وَالْهَرَمِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ
Allahumma inni a’udzu bika minal ‘ajzi, wal kasali, wal jubni, wal haromi, wal bukhl. Wa a’udzu bika min ‘adzabil qobri wa min fitnatil mahyaa wal mamaat. (Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kelemahan, rasa malas, rasa takut, keburukan di waktu tua, dan sifat bakhil. Dan aku juga berlindung kepada-Mu dari siksa kubur serta bencana kehidupan dan kematian).” (HR. Bukhari no. 6367 dan Muslim no. 2706)

Friday 15 April 2011

sauQoh WirDaH

Adam: darahnya tersirat keseluruh anggota sewaktu melihat patong Hawa terbaring belum bernyawa. Kesepiannya sekian waktu dirasakan terisi.
Malaikat: jangan dekat, tuan hendaklah dinikahkan dahulu.
Adam: cinta jatuh terlerai dari gua jiwanya. berdebar bukan kepalang dan tidak sabar mendekati Hawa yang cantik jelita.
Hawa: dihidupkan. dia bangkit dan mata mogelnya terkebil-kebil.
Adam: untukku kah? Adam bertanya kepada dirinya sendiri.
Hawa: menganggukkan kepala.
Adam: betapa hebat dan besarnya anugerahmu Ya Rabbul Jalil...



merpati putih adalah impian bersama juga mnjadi garuda perkasa untuk mmbina kehebatan d dunia nyata.


Jangan gentar untuk mentadbir rindu sendiri, kerana yang pergi adalah halusinasi. tp mana tahu, berkat masin mulut si hilai tawamu itu, saya ditabalkan menjadi ratu...hoho patah galah haluan perahu, kuasa Allah siapa kan tahu? maaf ye kanda atas segala gurau sendaku.
Ratu merpati yang bakal ditansformasi menjadi ratu rajawali. wahai Paduka Raja Segala Raja, mohon Kau kun fakayunkan, hamba-Mu bersedia.
Ya Allah…
Dimanakah ku harus berlabuh…
Saat semua dermaga menutup pintu,
Dan berkata “ ini bukan untukmu…”
“Segara menjauh karna disini bukan tempatmu….!!!”

Ya Allah…
Katakan padaku, dermaga untukku berlabuh…???
Agar ku segera menghela nafas kehidupan yang baru.
Sampai kapan ku harus arungi waktu,..
Ku lelah Menunggu suatu yang tak pasti walau hanya Satu,..

Ya Allah …
Beri aku penerang jalan-Mu
Agar tak tersesat saat ku melaju,..
Kuatkan awak kapalku,
Saat badai menghalangi jalanku

Ya Allah …
Tetaplah disisiku,
Jangan Engkau menjauh dariku…
Karna ku mati tanpa hadir-Mu


Sunday 10 April 2011

eXam oo ExAM

Bismillahirahmanirahim.....
Musim exam datang lagi. Alahai,Masa ni la perasaan malas semakin menjadi-jadi. Semua penyakit-penyakit pun mula nak datang. Macam tak nak suruh exam jew. Ni la lemah ni. 


Aduh..ni la pahit rasanya belajar. Pahit dulu baru dapat yang manis di kemudian hari. Tapi ni yang lemah ni. Exam oh exam. Bila lagi kau nak habis? pohonku pada yg Esa Mudah-mudahan exam nanti dapat jawab semua dengan tenang dan betul. Alhamdulillah la kalau dimakbulkan. Senang hati aku nak bagitau kat mak ayah nanti..hehe..

                                                   nk jd cam kucing nie :)

Tapi, yg takut satu ni je. Lepas susah & penat berusaha. tertidur masa exam. Aaa..tak nakkkk.. takut Menyesal nanti... yela.. kebiasaan wat keja last minute, mlm ni suke sgt berjaga, huhuhu..tp ape pom, usaha+tawakal insyaAllah membuahkan hasil.. amin, mudah-mudahan..

                                                menyesal klu cmni :(
Aaaa..lepas habis exam, saye nak merdeka!! hahaha..belum pun habis lagi dah fikir nak merdeka. Macam mana la nak berjaya. Angan-angan je lebih. Exam belum habis lagi.. ingat bebaik yo...huhuhu


                                                           nk merdeka :(

Lepas je hari terakhir exam, saya nak tidur sepanjang hari. Nak jadi macam kucing ni. Baru feel tidur. Orang kacau pun dah tak perasan. Nak pecah rekod tidur tak bangun-bangun sampai seminggu yang kemudian. Haha..baru nikmat..kuang3

                                best la tengok kucing ni tidur.. lambatnye wei exam nk abis...  

Tuesday 5 April 2011

AlaHai GaDiS ZaMaN iNi......

alahai gadis zaman ini
bebas bergaul sana sini
dengan lelaki sama berdiri
tidak segan dan kekok lagi
bersaing merebut kemajuan terkini
belajar sudah sampai universiti
bekerja pun menjawat jawatan tinggi
lincah bergaya pandai beraksi
cukup berani serba serbi
sehingga bermain dadah dan pil ekstasi
berdisko dan melepak sampai pagi
dan yang tak tahu menjaga diri
terlalu percaya janji lelaki
lalu terpedaya dan dinodai
akhirnya termengandung dan membuang bayi.


wahai gadis zaman ini
dalam hidup di era teknologi
walau mengejar kemajuan terkini
jangan gadai kehormatan diri
hukum agama dijunjung tinggi
adat resam tidak dilupai
ibubapa disayangi dihormati
jangan sampai lupa budi
jangan dituruti kata hati
jaga maruah jaga pekerti
kekalkan nilai akhlak murni
kekalkan budaya melayu sejati.