Tuesday 20 December 2011

bismillah....

Ya Allah..
jadikanlah kami berteman hanya karena redho-Mu
yang saling menyayangi
yang saling menghormati
yang saling mengerti
yang saling berbagi
yang saling menghibur di kala duka
mengingatkan di kala bahagia
mendo’akan dalam kebaikan,dalam kearifan,serta saling menyempurnakan dalam ketaqwaan
amiin ya Robbal’alamiin..

Wednesday 23 November 2011

my baby


khusyuk duk men enset

at shopping mall
dalam buai...

alisya duk maen atas "gerey"

comey nye habib sengeh >__<

inspekter habib..hahaha

hafie & habib

abe raziq ngah malu..hikhik

manja (",)

hahaha..ayak liur menitik..
tp, encem..:-)

xleh klu xde botol dye tu...




banyaknya menu nak merase...

lame da xmakan benda nie..
terliur ta' ta'...
huhu

alahai ikan patin masak asam pedas tempoyak..
:'(

ikan haruan goreng garing berlada..
urm, musim banjir cmni mudah nak dapat,
tp
tak berkesempatan nak mkn lg..
aduh,, sedey lg..:'(

last mkn aritu time puasa...
pastu xjumpe lg la benda ni...

oloh sedak nyo...>__<
salah satu menu yg teringin sgt nk makan..





Tuesday 22 November 2011

akan ku tunggu..

lagi setahun lebih, lambat nya ase mase berjalan.. 

tak sabar dah nak genggam benda ni :'(

maknanya??
 mase yg berbaki ni la kene struggle kan usaha,
 tekadkan semangat,
teruskan perjuangan
dann... 
kene pulun habis-habisan..

bila aku nak pakai jubah ni?
urm..
sabar-sabar!!

maknanya??
 setahun lebih lg aku kene bersahabat dgn buku,
berteman dgn assigment,
bergaduh dgn test & midterm,
dann..
berperang dgn final exam..


happynye bila da tamat study nnt...
byk benda yg perlu ku buat >__<



tak sabar ase nk merasai alam pekerjaan plak..
nak curahkan ilmu-ilmu yg selama 4tahun ku kutip di bumi kampus
dgn mendidik anak2 bangsa..
supaya mengenal erti kehidupan yg sebenar2nya..
kenal Allah,
kenal Rasullulah,
kenal kasih ibu ayah,
kenal dunia, 
&
kenal akhirat


(itu adalah tujuan utama)

lambatnya nak habis...huhuhu
tapikan..

menuntut ilmu ni bkn setakat habiskan program or sukatan pengajian semata-mata..
cam dlm hadis ni kata
||
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : 
"Tuntutlah ilmu sejak dari buaian hingga ke liang lahat"
||

maknanya di sini...
 kita kene cari ilmu, dalami , fahami serta sebarkan ilmu ni sepanjang hidup kita di dunia..
org yg cari ilmu ni xrugi apa-apa pun, tambahan lagi dgn ilmu agama
||
“Barangsiapa melalui suatu jalan untuk mencari suatu pengetahuan (agama), Allah akan memudahkan baginya jalan menuju surga.”(Bukhari)
||
aminn & insyaAllah..
mudah-mudahan setiap aturan perjalanan hidupku
dipermudahkan olehNYA..




banjir dah oii..

Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut

Cinta yang bersemi
Diwaktu hujan turun
Menyirami ketandusan hati
Dan hujan turut mengiringi
Engkau pergi...

Selembut hujan bercurahan
Begitulah cinta ini
Semesra bumi yang disirami
Begitulah hati ini

Hujan yang turun bersama air mata
Bersama pedih, bersama rindu
Kau datang dan kau pergi jua
Rindu lagi...


layan lagu hujan dr sudirman >___<

but, why??


tergendala sudaa projek terbesar kali nie..
sumenya gara-gara hujan lebat 2-3 hari kebelakangan ni.
nk wt cmne kita yg merancang, Allah taala jua yg menentukan :'(
sabo jer la. adala tu hikmah di sebaliknya,
insyaAllah,ada rezeki len kali bleh truskan projek ni..
yuhuu.. leh igat ike puyu depe umah..leh mandi uje huahua
(ayat sedapkan hati) :'(  


Thursday 17 November 2011

rindu terubat

saat dan situasi memerah otak ketika time exam...

stress cam budak ni..muahaha :(

tension, jiwa kacau, hati pun xtenang yg teramat sgt,

grrrrrrr......cair da otak cayer
tak tahan tak tahan :'(

huhh, fed up  & boring pom ad..nk wat cmne, buku-buku jer teman setia >_<
di kepit ke sana ke mari time exam...

huarrrggghhh, ngantuk!!! study last minute, terpaksa stay sampat lewat pagi...
bowink...wink...wink...

nk sgt cepat habis ...
penat da ase :'(


dan.....akhirnya...tepat jam pukul 4.30 ptg pada 15nov2011..


yipie yipie yeay yeay...
merdeka sekojap utk sem ni :)

balik kamponggg......vroom vroooommmm >>>.......


rindu kat anak2 saudara ku yg tecik2 sume..yg da besar xrindu pom..huahuahua...
habib chumel...

hafie cute..

alisya sungguh la comel..

ahnaf, dak tecik yg suko tiok...
muahaha
abe raziq darwish,tgok pe tu (",)
gamba adiq solehah xde lak..huhuhu


perasaan bila da ada kt kg?
mcm2.. leh maen ngn budak2 tecik..best ase, sonok jer.. walaupom kdg2 tension gak..huhu
TERUBAT DAH RINDU..




Friday 9 September 2011

ceritera cinta

Nilai cinta seorang suami :)


Suami saya adalah seorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.
3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih…lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa
sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.
Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.
“Mengapa?”Dia bertanya dengan nada terkejut.
“Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan.” Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.
Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.
“Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?” Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.
“Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti.
Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu,Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?”
Dia termenung dan akhirnya berkata, “Abang akan memberikan jawapannya esok.” Hati saya terus gundah mendengar responnya itu. Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menemi selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan…
‘Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya.” Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.
“Siti boleh menaip dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut.”
“Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang.”
“Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah.”
“Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu ‘teman baik’ Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu.”
“Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi ‘pelik’. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal- hal kelakar yang Abang alami.”
“Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu.”
“Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.”
“Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang.”
“Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti.”
“Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lainyang dapat membahagiakan Siti.”
Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tulisannya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.
“Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti.”
“Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku…biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia.”
Saya terpegun.. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.
Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’ yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.
p/s:
terharu sangat baca kisah ini :(
mengharapkan redha dari Ilahi utk memiliki cinta seorang bernama suami <(") <3 (^^^)

Saturday 13 August 2011

:)

Ayat singkat dan sederhana, namun mempunyai pengaruh yg besar dlm hidup kita. apa kita dan siapa kita bahkan kemana kita nnt adalah bergantung dari ape dan bagaimana cara kita berfikir. sikap yg di tunjuk oleh manusia dlm kehidupan sehari-hari adalah corak dari apa yg dia fikirkan. org yg melakukan kebaikan adalah kerana ia memikirkan hal-hal yg baik2, org yg melakukan kejahatan adalah kerana ia memikirkan hal-hal yg jahat, org yg yg gembira kerana ia memikirkan hal2 yg mengembirakan dan begitu juga sebaliknya.. 
urm,jd...sikap kita adalah ekspresi dari apa yg kita fikirkan..
mengapa saya katakan yg kita patut bersyukur? krn dgn begitu, kita lebih mudah mengendalikan hidup kita.. masalah adalah lumrah kehidupan, xde mslh makna nya hidup xde manisnya. semua tu mengajar kita supaya lebih dewasa..cara mudah utk menyelesaikan mslh adalah dgn memikirkan mslh tu bkn masalah..so,senang bg kita utk settlekan..huhu
wallahua'lam:)

Wednesday 3 August 2011

assalamaualaikum wbt....

Ya Allah..
hati ini sakit..
sakit memendam rindu..
rindu kepada hambamu..


Ya Allah..
aku amat menyayanginya..
aku senang dengan sikapnya..
aku terhibur dengan keletahnya..
aku tersenyum melihat peribadinya..


Ya Allah..
andai Kau takdirkan sebuah perpisahan..
aku ingin pinta sesuatu..
janganlah kau pisahkan hati kami..
setelah Kau temukan hati kami..
janganlah Kau tinggalkan kami..
setelah Kau tautkan jiwa kami..


Ya Allah..
Kau siramilah hati kami dengan KESABARAN..
agar KETABAHAN tersemai subur..
sehingga tertunas KESETIAAN di dalam perjuangan..
moga yang tumbuh itu pohon KEIMANAN..
berbuahkan KEJUJURAN..
berantingkan KEPERCAYAAN..
berakarkan KETULUSAN..


Ya Allah..
Kau perkenankanlah doa hambamu ini..
aku pinta..
walau hanya sekali..
aku ingin dia tahu..
hadirnya begitu bermakna bagiku..
walau perkenalan ini terlalu baru..


Ya Allah..
andainya insan itu terbaca coretan ini..
aku ingin dia tahu..
ana uhibbuka fillah..
<(") <3(^^^)

Thursday 9 June 2011

SeNanG TaK SeNanG!!!

assalamualaikum wbt.......

siapa kata jadi perempuan tu senang?
nak kena tutup sana, tutup sini
tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising
perempuan, stoking pon kena pakai
cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari
komfem x tahan bertutup semua
tapi, perempuan cool jer
tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan?

siapa kata jadi perempuan tu senang?
tiap2 bulan, mesti ada penyakit
nak pergi kelas pon susah
kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jek meraung sbb sakit
cuba tengok budak lelaki , selamber jek
kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit
tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive jek
tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit
hebat kan perempuan?

siapa kata jadi perempuan tu senang?
hati ni Allah jadikan lembut betul
cepat jer sensitif
cuba tengok orang putus cinta
selalu perempuan yg paling susah nak lupa
lelaki lepas putus cinta cepat jer pasang baru
cuba pergi wayang tengok cerita hindustan
siapa yg paling teruk menangis?
perempuan kan?lelaki boleh gelak2 lagi
lembut tak lembut hati perempuan
tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki
hebat tak perempuan?

disebabkan susahnya nak jadik perempuan ni lah, ramai perempuan yg merajuk dengan Allah
diorang cakap, Allah x adil
kenapa Allah lebihkan lelaki?
kenapa perempuan kena dengar cakap suami?
kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami?
padahal jadi perempuan tu sangatlah susah
bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, x susah macam nak jaga sorang anak perempuan

dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana yg rebel
diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki x payah tutup pon'
diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki
diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati

kesian kan kat diorang?
disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang
diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah x adil

persoalannya sekarang
betul ke Allah x adil dengan perempuan?

betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami
tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa kalau bukan kaki ibunya?
betul, isteri kena ikut cakap suami
tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya
x adil lagikah Allah pada perempuan?

Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan
untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya
kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri
cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu
tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki
bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu
mashaAllah, hebatnya perempuan kan?
kenapa perempuan hebat?sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat

cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio
banyak lagu pasal perempuan kan?
contohnya macam lagu SUMAIYYAH,
jarang kita dengar lagu pasal lelaki
sayang x sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam tu sekali dekat dunia

tengok pula, bila seorang lelaki berjaya
orang akan cakap
'disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'
kita x pernah dengar orang cakap
'disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'
kan?hebat x Allah jadikan perempuan tu?
masih x adil lagikah Allah dekat perempuan?

Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan
sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni
perempuan senang nak masuk syurga
tengok hadis ni

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)

x adil lagikah Allah dekat perempuan?

oh perempuan, sedarlah
betapa sayangnya Allah dekat kita
betapa cintanya Allah dekat kita
tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran2 negatif yg x berasas dekat Allah?

Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia
bayang, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita jadi hiasan
dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah
kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan?