Tuesday 5 April 2011

AlaHai GaDiS ZaMaN iNi......

alahai gadis zaman ini
bebas bergaul sana sini
dengan lelaki sama berdiri
tidak segan dan kekok lagi
bersaing merebut kemajuan terkini
belajar sudah sampai universiti
bekerja pun menjawat jawatan tinggi
lincah bergaya pandai beraksi
cukup berani serba serbi
sehingga bermain dadah dan pil ekstasi
berdisko dan melepak sampai pagi
dan yang tak tahu menjaga diri
terlalu percaya janji lelaki
lalu terpedaya dan dinodai
akhirnya termengandung dan membuang bayi.


wahai gadis zaman ini
dalam hidup di era teknologi
walau mengejar kemajuan terkini
jangan gadai kehormatan diri
hukum agama dijunjung tinggi
adat resam tidak dilupai
ibubapa disayangi dihormati
jangan sampai lupa budi
jangan dituruti kata hati
jaga maruah jaga pekerti
kekalkan nilai akhlak murni
kekalkan budaya melayu sejati.