Sunday 29 May 2011

TeruntukMu

  (¯`*•.¸(¯`*•.¸_..ƸӜƷ.._¸.•*´¯) ¸.•*´¯) 

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. 
Ya Allah... Seandainya telah Engkau catatkan... Dia milikku tercipta buatku... 
Satukanlah hatinya dengan hatiku... Titipkanlah kebahagiaan antara kami...Agar kemesraan itu abadi...
Ya Allah... Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani...
Seringkanlah kami melayari hidup ini.. Ketepian yang sejahtera dan abadi... Maka jodohkanlah kami... 
Tetapi Ya Allah... Seandainya telah Engkau takdirkan Dia bukan milikku... Bawalah dia jauh daripada pandanganku...
Luputkanlah dia dari ingatanku... Dan peliharalah aku dari kekecewaan... 
Ya Allah.. Ya Tuhanku yang Maha Mengerti... 
Berikanlah aku kekuatan... Menolak bayangannya jauh ke dada langit... Hilang bersama senja yang merah... 
Agarku sentiasa tenang... Walaupun tanpa bersama dengannya... 
Ya Allah yang tercinta... 
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu... Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan .. 
Adalah yang terbaik untukku... Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui... Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini... 
Ya Allah... Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku... Di dunia dan akhirat... Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini... Jangan Engkau biarkan aku sendirian... Di dunia ini mahupun di akhirat... Menjerumuskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran... Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman... Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup... Ke jalan yang Engkau redhai... Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah... 
Ya Allah... Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat... Dan peliharalah kami dari azab api Neraka... 
Aamiin..Aamiin..Aamiin......Ya Rabbal 'Aalamin...........

Friday 20 May 2011

You aRe my Soul



aku bersyukur kerana di kurniakan kau sebagai kekasihku..
kau membina mahligai untuk ku dan belayar bersama ku..
dan aku di sini bersama mu..
kini, aku ingin kau tahu,
kau telah membuka pintu hati ku,
aku sering berfikir, cinta itu mengelirukan..
tapi, semuannya itu berubah bila dikau hadir..
<(") <3 (^^^)
dan hanya beberapa kata yang ingin ku ungkapkan,
selagi masih ada hayat ku,
aku akan sentiasa bersama mu,
aku akan sentiasa di sisi mu, jujur dan setia..
sehingga akhir hayat ku,
aku akan menyintai mu..terus menyintai mu..
selagi masih ada hayat ku,
selagi ada siang dan malam..
aku bersyukur kerana di bukakan mata hati ku,
kini dan selama-lamanya,
aku akan hadir bersama mu..
jauh di sudut hati ku,
aku tahu..
aku berasa bahagia bila memikirkan tentang diri mu..
aku berdoa semoga usaha kita di berkati..
kau lah teman dan kekuatan bagi ku..
dan aku berdoa agar kita bersama selama-lamanya..
kini,
aku mencari kekuatan diri ku..
segala-galanya berubah bila kau hadir.
<(") <3 (^^^)