Thursday 17 March 2011

RinDu MenJeLmA LaGi..:(

Rindu...
Rindu yang sering menggamit rasa cinta yang mendalam. Dalam 2-3 hari ini, kuat sekali hati ini merindui. Menangis kadang-kadangnya kerana terlampau rindu. Rindu pada satu kedamaian dan ketenangan. Rindu pada jiwa yang rindu padaNya. Rindu pada mak dan Ayah. Rindu pada adik beradik, Rindu pada si dia, rakan-rakan sekolah serta guru-guru. Dan yang pasti rindu itu milikNya sahaja. Hanya padaNya, cinta teragung.

Rindu menjadikan aku semakin tabah. Rindu menjadikan aku muhasabah. Rindu menjadikan aku cinta. Rindu juga menjadikan aku tarbiyah. Di sebalik rindu, aku terduduk seketika. Dudukku berteleku di atas dunia. Dunia yang hanya pinjaman sahaja dariNya. Aku ingin mencurahkan cinta ini dan rindu ini padaNya. Cukuplah kejahilan aku selama ini membuatkan aku terluka. Aku tak sanggup lagi.

Terima kasih kerana menghadiahkan rindu ini. Semoga rindu hanya pada yang tiada leka untukNya. Jauhkan dari rindu dunia yang penuh penipuan semata. Jauhkan dari rindu pada cinta yang bukan halal padaku.
Rindu mak dan ayah, kasih pada mereka. Andai kasih, baik lafazkan sahaja. Beritahu mak dan ayah. Anakmu sayang sangat padamu. Ketahuilah tanpa mereka berdua, siapa aku? Lahirkan aku bernafas di bumi ini. Tanpa sokongan mereka, jahilnya hingga ke hari ini.
Rindu pada keluarga. Pada abang2, anak2 saudara "terutamanya si tumel Habib :)" dan adik2. Rindu jua pada nenek di kampung. Semoga sentiasa sihat dan dalam redhaNya. InsyaAllah.


c tecit habib... rindu:(
Rindu pada rakan-rakan sekolah dahulu. Pada ukhuwah kita, pada janji kita… Semoga semuanya berjaya dalam menggapai segala cita-cita. Dan pasti cita dan cinta padaNya jangan sesekali dipalingkan.
Aku rindu……….. Serius! Aku rindu