Sunday 22 April 2012

pelengkapku di dunia :)


Ya Allah..
Aku rindukannya keranaMU Ya Allah. jauhkanlah aku dari segala yang membuatkan aku lupa kepadaMu..
Aku semakin mengerti 'JARAK' ini bukan untuk menghukumku..
tetapi 'JARAK' ini untuk menjaga aku dan dia...
Dengan 'JARAK' ini aku dan dia berjanji untuk berubah menjadi yang lebih baik..
Dengan 'JARAK' ini aku dan dia berjanji untuk perbaiki cinta kepadaMU Ya ILAHI..
dengan JARAK' ini aku dan dia berjanji untuk mencintai PENCIPTA kami lebih dari 
segalanya..
Dengan 'JARAK' ini aku dan dia berjanji untuk mendalami islam hingga ke akar umbi..
Dan dengan 'JARAK' ini jua aku dan dia yakin andai tiba saaatnya nanti,
aku dan dia lebih bersedia untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..
Terima Kasih Ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..
Terima Kasih Ya Allah kerana memberikan 'JARAK' itu kepada aku dan dia..

<(") <3 (^^^)