Wahai Allah Yang Maha Pemurah,
Terima Kasih…
Engkau telah menciptakan dia dan mempertemukan aku dengannya.
Terima kasih untuk saat-saat indah yang telah kami nikmati bersama
Terima kasih setiap detik yang telah kami lalui bersama
Terima kasih setiap saat-saat yang lalu.
Aku datang bersujud pada-Mu, sucikan hatiku, ya Allah,
agar dapat melaksanakan kehendak dan rencanaMu dalam hidupku.
Ya Allah, jika aku bukan pemilik tulang rusuknya,
janganlah biarkan aku merindukan kehadirannya…
janganlah biarkan aku melabuhkan hatiku di hatinya.
Kikislah pesonanya dari setiap pelusuk mataku,
dan usirlah dia dari relung hatiku
Gantilah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini,
dengan kasih dari dan padaMu yang tulus dan murni.
Bantulah aku agar dapat mengasihinya hanya sebagai seorang sahabat.
Tetapi jika Engkau ciptakan dia untukku, ya Allah,
satukan hati kami…
Bantulah aku untuk mencintai, mengerti dan menerima dia seadanya
Berikan aku kesabaran, ketekunan, dan kesungguhan untuk memenangkan hatinya.
Bantulah dia agar dia juga mencintai, mengerti dan menerima aku dengan segala kelebihan dan kekurangan sebagaimana aku yang telah Engkau ciptakan.
Yakinkanlah dia bahawa aku sungguh mencintai dan rela berkongsi suka dan dukaku dengannya.
Ya Allah, jadikanlah dia orang-orang yang boleh menyejukkan jiwaku dan boleh mengingatkanku kepadaMu ketika aku terlupa.
Jangan kerana dia, aku terlupa dan lalai akan mengingatiMu.
Tapi dengan besarnya cintaku kepadaNya membuat aku bertambah besar mencintaiMu.
Ya Allah Maha Pengasih,
dengarkanlah doaku ini…
Lepaskanlah aku dari keraguan ini menurut kasih dan kehendak-Mu.
Wahai Allah Yang Maha Kekal,
aku tahu Engkau sentiasa memberikan yang terbaik buatku,
luka dan keraguan yang aku alami pasti ada hikmahnya.
Semuanya ini mengajar aku untuk hidup lebih dekat denganMu,
untuk lebih peka terhadap suaraMu yang membimbing aku menuju jalan terangMu.
Bimbinglah aku untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan.
Jadikanlah kehendakMu dan bukan kehendakku yang terjadi dalam setiap hidupku, wahai Allah Yang Maha Mendengar.
Ameen ya Rabbal 'alameen.
pengalaman bukan apa yg terjadi pada kita, melainkan apa yang kita lakukan atas apa yg terjadi pada kita... tarian pena yg semuanya tentang aku, dia dan sesuatu!!
Wednesday, 23 March 2011
Sunday, 20 March 2011
Istikharah Cinta
“Ya Allah, Sesungguhnya aku memohon pertunjuk dariMuBerilah aku pilihan yang terbaik buatkuDengan ilmu yang ada pada-Mu, Dan aku memohon kekuasaanMu Untuk menyelesaikan urusanku dengan keizinan kudratMu
Dan aku jua memohon kepadaMu Sebahagian dari kurniaanMu yang agung, karena sesungguhnya Engkau Maha Kuasa Sedangkan diri hambaMu ini pernuh dengan kekhilafan, Dan Engkau jua Maha Mengetahui,Sedangkan diri hambaMu ini penuh dengan kejahilan, Dan Engkau jualah Maha Mengetahui perkara yang ghaib.
Ya Allah, sekiranya Engkau tahu bahwa fulan/fulanah ituAdalah lebih baik untuk diriku, agamaku, dan kehidupanku, Serta lebih baik pula akibatnya di dunia dan akhirat, maka takdirkanlah dan mudahkanlah fulan/fulanah bagiku, kemudian berkahilah aku dalam urusan jodoh ini.
Dan sekiranya Engkau tahu bahawa fulan/fulanah ituAdalah lebih buruk untuk diriku, agamaku, dan kehidupanku, serta lebih buruk pula akibatnya di dunia dan akhirat, Maka jauhkanlah fulan/fulanah dariku, Dan jauhkanlah aku dari urusan ini, Dan takdirkanlah kebaikan untukku di mana pun, Kemudian jadikanlah aku redha menerimanya..
Dengan ini, aku bersujud padamu ya AllahMengharap dan mernitih kepadaMuAir mata yang mengalir ini Ku biarkan ia menitis demi mengharap kasih sayang mu,Yang manakah terbaik buat ku,Sesungguhnya hidupku dan jua matiku Adalah semuanya Hanya kerana MuMoga Kau mengasihani diriku yang mendambakan pertunjukMu.“
“Ya Allah,
Sesungguhnya aku memohon pertunjuk dariMu
Berilah aku pilihan yang terbaik buatku
Dengan ilmu yang ada pada-Mu,
Dan aku memohon kekuasaanMu
Untuk menyelesaikan urusanku dengan keizinan kudratMu
Dan aku jua memohon kepadaMu
Sebahagian dari kurniaanMu yang agung,
karena sesungguhnya Engkau Maha Kuasa
Sedangkan diri hambaMu ini pernuh dengan kekhilafan,
Dan Engkau jua Maha Mengetahui,
Sedangkan diri hambaMu ini penuh dengan kejahilan,
Dan Engkau jualah Maha Mengetahui perkara yang ghaib.
Ya Allah,
sekiranya Engkau tahu bahwa fulan/fulanah itu
Adalah lebih baik untuk diriku, agamaku, dan kehidupanku,
Serta lebih baik pula akibatnya di dunia dan akhirat,
maka takdirkanlah dan mudahkanlah fulan/fulanah bagiku,
kemudian berkahilah aku dalam urusan jodoh ini.
Dan sekiranya Engkau tahu bahawa fulan/fulanah itu
Adalah lebih buruk untuk diriku, agamaku, dan kehidupanku, serta lebih buruk pula akibatnya di dunia dan akhirat,
Maka jauhkanlah fulan/fulanah dariku,
Dan jauhkanlah aku dari urusan ini,
Dan takdirkanlah kebaikan untukku di mana pun,
Kemudian jadikanlah aku redha menerimanya..
Dengan ini, aku bersujud padamu ya Allah
Mengharap dan mernitih kepadaMu
Air mata yang mengalir ini
Ku biarkan ia menitis demi mengharap kasih sayang mu,
Yang manakah terbaik buat ku,
Sesungguhnya hidupku dan jua matiku
Adalah semuanya Hanya kerana Mu
Moga Kau mengasihani diriku yang mendambakan pertunjukMu.“
“Barangsiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya, (maka) kedua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada Hari Pengadilan yang sinarannya lebih terang daripada cahaya matahari sekiranya matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini.”
(Abu Daud & Ahmad)
Salah satu cara untuk kita membalas jasa kedua ibubapa, kita hendaklah membaca dan mengamalkan apa yang Allah perintahkan di dalam Al-Quran. Ibu bapa kita akan dimuliakan oleh Allah S.W.T. Sinaran mahkota itu mengatasi cahaya matahari sekiranya matahari itu berada di dalam rumah kita. Jika difikirkan matahari terletak begitu jauh sekali dari kita...walaubagaimanapun cahayanya cukup terang. Bayangkan sinaran dari mahkota yang akan dipakaikan kepada ibubapa kita adalah lebih bersinar lagi dari cahaya matahari...Alangkah hebatnya kekuasaan Allah S.W.T...Oleh itu marilah kita sama-sama mempertingkatkan
bacaan Al-Quran dan mengamalkan apa yang terkandung di dalamnya...
Diriwayatkan daipada Abu Umamah ra, katanya: Aku medengar Rasulullah S.A.W. bersabda: (Terjemahan): “Bacalah Al-Qur’an kerana dia akan datang pada hari Kiamat sebagai juru syafaat bagi pembacanya.” (Riwayat Muslim) 2- Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut. 3- SURAH AL-DUKHAN Sabda Rasulullah S.A.W. "Barangsiapa membaca surah Ad-Dukhan di waktu malam maka meminta ampun baginya 70,000 Malaikat di waktu pagi."(H.R. al-Tirmidzi) 4- SURAH AL-MULK Sabda Rasulullah S.A.W. Barangsiapa membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur nescaya Allah SWT akan membebaskannya dari azab kubur. 5- Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 10 kali Allah SWT akan membangunkan untuknya sebuah istana di syurga.
Wallahualam..
Friday, 18 March 2011
SaYa SaYaNg FaMiLy SaYa :))
Sebuah kisah benar yang patut di jadikan iktibar..
Menurut laporan “City Evening Post”, di pagi buta, 13 februari 2008, Li Yuanyuan telah memakaikan baju bagi anak dan ibu yang baru sembuh dari sakitnya. Jam 10 pagi, Yuanyuan bercangkung di depan ibu nya, lalu meletakkan kedua kaki ibu di pinggangnya lalu mengangkat si ibu, kemudian menggendong putrinya yang berdiri di atas tempat tidur.
Kedua tangan Yuanyuan dipakai untuk menggangkat si ibu, sedangkan si ibu pula membantu merangkul cucunya melalui leher Yuanyuan. Dengan cara inilah tiga orang tersebut saling berangkulan dengan susah payah keluar dari rumah sakit. Si ibu telah lumpuh selama 21 tahun, selama 21 tahun itu pulalah Yuanyuan terbiasa mengangkat sang ibu keluar masuk rumah sakit.
Ketika Yuanyuan berusia 7 tahun terjadilah sebuah kemalangan jalan raya yang benar-benar telah mengubah kehidupannya. Kerana kecelakaan ini ibunda nya mengalami kelumpuhan pada kedua kaki yang dipersulitkan lagi dengan menghilangnya si ayah. Sejak saat itu, Yuanyuan menjadi tulang belakang rumah tangga. Kerana tidak ada penghasilan Yuanyuan menghidupi keluarga dengan menjadi pekebun, wang hasil kerja kerasnya habis terpakai untuk mengurus ibu nya.
Rasa bakti Yuanyuan kepada orang tua sangat menyentuh hati jiran meraka, banyak jiran tetangga yang dengan sukarela memberi bantuan kepada si ibu dan putrinya ini. Kerana sepanjang tahun hanya mampu baring, otot kaki ibu nya sering kejang, sakitnya tak terhingga.
Ada seorang jiran yang berkerja sebagai seorang dukun tradisional, setiap hari membantunya memberikan terapi akupunktur terhadap ibu Yuan-yuan, bahkan mengajarnya menggunakan teknik akupunktur sederhana. Sejak berusia 11 tahun sampai sekarang, Yuanyuan sudah dapat menggunakan teknik akupunktur untuk meringankan rasa sakit ibunya.
Tiga tahun yang lalu, Yuan-yuan menikah, setahun kemudian, Yuanyuan melahirkan seorang putri. Namun di mana pun, Yuanyuan tidak pernah meninggalkan si ibu, dia dan suaminya bersama-sama memikul tanggung jawab mengurus ibu.
Meskipun rumah tangganya tidak terbilang kaya, mereka sangatlah puas. Si ibu berkata, terkenang masa 21 tahun ini meskipun penuh penderitaan, namun dia sangat puas, dia merasa diri-nya sama dengan orang tua lain yang juga telah menikmati kehangatan keluarga.
Bagi Yuanyuan, selama 21 tahun ini, dia merasa dirinya sangat bahagia, kerana dia adalah seorang anak yang masih memiliki seorang ibu.
"Saya rela menjadi tongkat ibu sepanjang hidup……"
moralnya : adakah setinggi dan seteguh ni kasih sayang terhadap kedua orag tua kita?
tepuk dada tanya iman...
berbakti lah selagi mereka masih ada...
Dari Abdullah bin ‘Amru radhiallahu’ anhuma berkata : telah datang kepada Rasulullah Shallallahu’ alaihi wasallam seorang lelaki yang berba’iat untuk hijrah, dan dia meninggalkan kedua orang tuanya dalam keadaan menangis. Apa sabda Rasulullah kepadanya? Kembalilah kepada keduanya, buatlah keduanya tertawa, sebagaimana kamu telah membuat keduanya menangis”.
(H. R Abdurrazzaq, Bukhari fil adab, hakim fil mustadrak, dan ia berkata, hadist ini isnadnya shahih).
Berhati-hatilah bagi anak yang pernah melukakan hati kedua orang tua mereka. Janganlah tindakan mereka itu sehingga menyebabkan ibu mahupun bapa mendoakan keburukan terhadap anak kerana doa golongan yang dizalimi dan doa ibu bapa itu pasti makbul. Rasulullah pernah bersabda: “Tiga jenis doa yang pasti akan dikabulkan tanpa diragui lagi, doa orang yang dizalimi, doa orang yang sedang dalam perjalanan (musafir) dan doa orang tua ke atas anaknya.”
Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi.
Thursday, 17 March 2011
Saturday, 12 March 2011
MaSaLaH HaTi
Assalamualaikum wbt !!
Setuju tak kalau saya katakan yang setiap di antara kita mahukan hidup yang baik dan lebih tepat lagi. Semua manusia mahukan hidup yang terbaik buat diri masing-masing.
Benarkan?
Yes, memang betul tapi percayalah semua kita ni dah ada rezeki masing-masing . Sudah di tetapkan Tuhan apa dan bagaimana suatu perkara akan kita jalani nanti. Baik atau buruk itu bukan urusan kita. Semuanya sudah disusun Tuhan dengan super indah ok..(",)
Jd, jangan nak banyak tanya dan merunggut ye...hehehe.
Untuk apa kita nak pertikaikan untung nasib someone. Contohnya, Kalau kawan kita “lebih” sana sini, biarkan saja. Jangan tanam rasa tak puas hati dan dengki sesame sendiri. Set kan dalam kepala kita, “oh,itu rezeki dia!”.
Rasanya, kalau korang boleh fikir macam tu. Tak kan ada kot rasa cemburu itu ini sesame sendiri. Kadang-kadang, dengan ahli keluarga sendiri pun kita boleh cemburu. Kan? Saya mengaku memang ada. Hahahaha!
Saya pun manusia biasa. Hahahaha!.ada kekurangan sana sini!!
Kadang-kadang saya kesian dengan manusia jenis ni. Tak boleh nak tengok kawan-kawan sendiri “lebih” daripada dia. Mula lah nak dengki itu ini, buat cerita merapu sebab tak puas hati, senang cerita semua kerja jahat dia nak buatlah. Yang penting bagi dia, hati dia puas! hohoho..jaat sungguh!
Itu perkara biasa. Nama pun manusia. Tapi, untuk apa mahu berdengki dan tunjuk rasa tidak puas hati dengan kebahagian insan tersebut? Ikhlaskan saja dan itu adalah sebaik-baiknya.
Bukan seronok bila dapat tahu ada kawan-kawan yang ada masalah hidup. Tak sama sekali. Cuma, bila kita tahu ada manusia yang lebih teruk, lebih susah, lebih bermasalah daripada kita dalam hidup, buat saya lebih bersyukur dgn Tuhan.
Saya kurang sisi sini, ada kawan-kawan lain yang kurang sisi sebelah lain. Urm,so.. Saya dapat rasakan keadilan Tuhan di situ. Thanks Allah.
For me, rezeki dan nasib kita sudah molek-molek ditetapkan oleh Sang Pencipta kita. Cuma, apa yang kita boleh buat. berusahalah sedaya boleh menjadi manusia yang baik dan lebih baik dari sehari ke hari dan bukan menjadi lebih teruk.
Kita hidup perlu ada hala tuju. Jangan jadi lalang. Goyah ikut angin. Kan lebih elok kalau tetapkan hati, bersyukur dengan apa yang ada dan berdoa yang baik-baik untuk orang lain. Bukan tanamkan dan bela rasa busuk hati dalam diri.
Percaya tak, ada sesetengan orang tu. Dek kerana sibuk sangat tak puas hati dengan rezeki orang lain sampai boleh jadi stress!!!! masyaAllah..mintak di jauhkan dari keadaan seperti itu...hehe..insyaAllah dgn bermuhasabah diri, maka kehidupan akan lebih bermakna dan bahagia...hohoho... Ok, enuff for now. huhuhu..yang penting, i lob all my pwens ok.. thankz 4 being my good fren!! insyaAllah, ikatan yg terbina dgn nama sahabat ini berkekalan hingga ke pintu Jannah, Amin!!(^_^)
Maceh!!
<(") <3 (^^^)
Thursday, 10 March 2011
Seuntai Kata Pembuka Bicara
Assalamualaikum…
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِsyukurku kehadrat-Nya tuhan sekalian alam, kerana masih lagi diberikan kudrat dan juga nikmat untuk terus hidup dimuka bumi ini. Erm….sebenarnya dah lame teringin utk berblog nie, tapi….rase masih x mampu lagi untuk diri nie memberi apa yang bermanfaat yang boleh untuk dikongsikan bersama. Tapi…kalo dari dulu asik pikir gitu jah, smpai bila nak mula? btol x…..huhuhu……Akhirnya diberikan juga kekuatan oleh Allah swt untk aku berblog pada tarikh 11 march 2011…umur skang 23 tahun, bakal 24 x lame lagi.. ehehe…
Moge diberikan kekuatan olehNya untuk keep on going dalam menulis blog “selangkah”nie, walaupun diri ini masih lagi mencari-cari tentang erti sebenar kehidupan dunia, yang sepatutnya berlandaskan cinta makhluk kepada Khaliq yang sebenar-benarnya, yakni ALLAH SWT.
Apa yang baik kita kongsi bersama, apa yang pelik2 sket tuh, tegurlah seadanya….”SELANGKAH…”
assalamalaikum wbt…
Subscribe to:
Posts (Atom)